Tuesday 12 November 2013

LAWATAN KPM KE SMK PADANG MIDIN SEMPENA MESYUARAT BERSAMA JABATAN (MBJ)






12 NOV 2013 - Lawatan daripada Timbalan Setiausaha Bahagian, Cawangan Pengurusan Maklumat, Y. Bhg En. Mohd Yusof bin Mohd Siraj bersama PPD Zon Timur ke SMKPM sempena Mesyuarat Bersama Jabatan (MBJ) Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Terengganu. Semoga dengan kunjungan dari KPM dan PPD ini dapat memberi lebih banyak manfaat kepada SMK Padang Midin.

Gambar seterusnya di sini.

Monday 4 November 2013

MAJLIS JASAMU DIKENANG PN. HJH NIK NORIAH BINTI ISMAIL.



4 November 2013 -. Majlis Jasamu DiKenang telah disambut bersempena persaraan Pn. Hjh Nik Noriah binti Ismail. Pn. Hajah Nik Noriah telah berkhidmat di SMK Padang Midin lebih kurang 14 tahun dan jawatan terakhir beliau di SMKPM ialah Guru Kanan Mata Pelajaran Teknik dan Vokasional. Semoga segala jasa dan khidmat yang telah beliau sumbangkan untuk SMKPM mendapat rahmat dari yang Kuasa. Hanya Allah jua yang dapat menbalas segalanya. Terima Kasih dan Mohon Kemaafan dari kami semua warga SMKPM. Diharap beliau sentiasa cermerlang di medan mendatang... Terima kasih CIKGU.

Tuesday 29 October 2013

JAMUAN PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)







20 November 2013- Majlis jamuan akhir tahun Pusat Sumber telah diadakan di Hotel Grand Puteri Terengganu. Majlis bertujuan untuk memberi penghargaan kepada semua pengawas PSS, guru-guru serta kakitangan PSS atas sumbangan bakti mereka di SMK Padang Midin. Turut hadir Pn Hjh Zah binti Mohamad selaku pengetua SMK Padang Midin.

Gambar seterusnya di sini

Sunday 13 October 2013

MAJLIS GRADUASI SMK PADANG MIDIN KALI KE-3




14 Oktober 2013 - Majlis Graduasi SMK Padang Midin kali ke-3 telah berlangsung di Terengganu Equastrian Resort (TER). Majlis diadakan bertujuan menghargai pelajar-pelajar tingkatan lima, dan prauniversiti sekaligus meraikan tamatnya persekolahan mereka. Ia juga sebagai tanda sokongan kepada pelajar agar berasa direstui dan diberkati. Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat dan juga bakal menghadapi peperiksaan SPM dan STPM tidak lama lagi.

Gambar seterusnya di sini.

Sunday 22 September 2013

PENGURUSAN JENAZAH

14 September - Pihak SMK Padang Midin telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah kepada para guru dan kakitangan sokongan sekolah. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua peserta tentang kafiat pengurusan jenazah yang merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain. Memahami konsep dan amali dalam pengurusan jenazah memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu. Oleh itu program ini diharap dapat memberi panduan kepada semua peserta kursus agar dapat mempraktikkan dalam medan masyarakat terutamanya ahli keluarga terdekat. 

Wednesday 18 September 2013

Majlis Temu Mesra Pasukan Hoki SMKPM bersama Y.Bhg Tuan Hj Roshali Taha

11 September 2013- Satu majlis temu mesra antara pasukan hoki dan penjaga masing-masing serta warga SMKPM bersama dengan Tn. Hj. Roshali bin Taha, Pengarah APMT merangkap Timbalan presiden Persatuan Hoki Terengganu telah diadakan. Majlis bertujuan untuk mendampingi pelajar-pelajar dari pasukan hoki dengan lebih dekat sekaligus untuk menyuntik semangat mereka agar lebih komited dengan sukan yang diceburi. Majlis juga diserikan dengan kahadiran Mohamed Shahrun Nabil Abdullah selaku kapten pasukan Hoki kebangsaan yang juga merupakan bekas pelajar SMK Padang Midin.





Gambar seterusnya di sini.

Monday 9 September 2013

PROGRAM KESEJAHTERAAN DIRI

5-6 September- Badan Surau Dan Dakwah, Biro Ehwal Puteri dan Taqwa serta  Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Padang Midin telah mengadakan PROGRAM KESEJAHTERAAN DIRI untuk pelajar-pelajar perempuan yang terpilih dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4.  Program ini adalah untuk membimbing mereka agar menjalani hidup sebagai hamba Allah yang menjaga maruah agama dan masa depan mereka dan menjadi insan yang solehah di hari mendatang. Semoga usaha pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat mendapat redha dan barakah-Nya. InsyaaAllah.




Gambar seterusnya di sini.

Saturday 7 September 2013

PAMERAN SEM 2013

6-8 September 2013 - Telah berlangsung pameran SEM di Stadium negeri. Tahniah diucapkan kepada Pasukan SEM SMK Padang Midin kerana telah berjaya mendapat tempat ke-2 bagi kategori "Booth Terbaik". Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar atas kerja buat anda yang cemerlang. TAHNIAH....





Gambar seterusnya di sini.

Friday 6 September 2013

SMKPM NAIB JUARA PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN

31 Ogos - SMK Padang Midin telah berjaya menjadi naib juara pertandingan perbarisan Hari Kebangsaan bagi kategori sekolah dan mendapat tempat ketiga bagi kategori badan beruniform (Pengakap). SMK Padang Midin membawa pulang RM5000.00, (RM3000.00, kategori sekolah dan RM2000.00, kategori badan beruniform). Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat sepanjang latihan dan pertandingan.


JOHAN PERTANDINGAN KULINARI

Julai 2013- SMK Padang Midin telah muncul sebagai Johan Pertandingan Showme Skills Malaysia bagi kategori Seni Kulinari. Johan membawa pulang trofi dan wang tunai RM4000.00. Tahniah kepada adik Fatimah Az-Zahra dan Siti Nor Nabilla kerana telah berjaya mengharumkan nama SMK Padang Midin.






Monday 29 July 2013

HARI KOPERASI 2013






13 JUN 2013 - SMK Padang Midin telah mengadakan Hari Koperasi dan Keusahawanan. Sambutan Hari Koperasi Sekolah di penuhi dengan pelbagai aktiviti yang boleh memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu koperasi dan keusahawanan. Para pelajar berpeluang melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dirancang. Melalui penglibatan ini secara tidak langsung berupaya mengembangkan potensi diri pelajar secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selain memupuk pemikiran positif agar sentiasa bekerjasama, prihatin dan bertanggungjawab.

 Gambar seterusnya di sini.

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT-UNIT BERUNIFORM 2013




4-6 Julai 2013- Perkhemahan Perdana Unit-Unit Beruniform 2013 telah dilaksanakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Seberang Takir. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalan sepanjang perkhemahan.

Gambar seterusnya di sini
_________________________
Photo, credit to Daniel Shah (Amshah)

Friday 28 June 2013

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN



Tahniah kepada JUARA kejohanan. Kepada pasukan-pasukan yang lain, kita berjuang lagi pada tahun hadapan.

Monday 24 June 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-31


Kejohanan Balapan dan Padang peringkat sekolah kali ke-31 bakal berlangsung bermula 25 Jun 2013 hingga 27 Jun 2013. Enam buah rumah sukan iaitu Indera (Hijau), Temenggung (Kuning), Mahkota (Oren), Bendahara (Biru), Laksamana (Merah) dan Hulubalang (Ungu) bakal berentap dalam pelbagai acara balapan dan padang yang dipertandingkan.

Tuesday 18 June 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013



 Sambutan Hari Guru Peringkat sekolah telah disambut pada 16 Mei 2013 (Khamis) dengan meriahnya. Pelbagai aktiviti dan acara diadakan pada hari tersebut.




Gambar seterusnya di sini
_________________________
Photo, credit to Daniel Shah (Amshah)