Saturday 22 February 2014

MESYUARAT PIBG SMK PADANG MIDIN KALI KE-36 (2014)

22 Februari 2014 - Mesyuarat PIBG kali ke-36 telah berlangsung di Dewan Setia Budi SMK Padang Midin. Mesyuarat telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan / Speaker DUN Terengganu, Tn Hj. Mohd Zubir Bin Embong.








Tuesday 18 February 2014

WATIKAH ENAM DALAM SATU

17 FEBRUARI 2014 - Majlis  Watikah Enam dalam Satu (Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT, Pembimbing Rakan Sebaya, Skuad Bersih, Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan) 2014 telah berlangsung di Dewan Setia Budi SMKPM. Majlis dirasmikan oleh Y. Bhg. Tn. Hj. Matsor bin Ismail, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik. Majlis turut diserikan dengan kehadiran YDP PIBG SMK Padang Midin, En.Jusoh bin Ismail.






Thursday 13 February 2014

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

12 - 14 Feb 2014 ~ Kem Kepimpinan Pusat Sumber SMK Padang Midin telah diadakan di Regimen 512 Kem Wataniah Padang Midin. Semoga dengan pelaksaaan kem ini dapat membina dan meningkatkan lagi kemahiran memimpin yang berkualiti dan berkesan dalam kalangan pelajar yang terlibat.







Saturday 8 February 2014

MAJLIS PELANCARAN BULAN DISIPLIN DAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2014

9 FEBRUARI 2014 - Majlis Pelancaran Bulan Disiplin dan Watikah Pengawas 2014 telah berlangsung di Dewan Setia Budi SMKPM dengan jayanya. Majlis dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato' Seri Ismail bin Ahmad, Ketua Pengarah JPJ Malaysia yang juga merupakan Alumni SMK Padang Midin. 



~ Belajar dan Berbakti ~

Tuesday 4 February 2014

MAJLIS PENYERAHAN GERAN TAHUNAN DAN TAJAAN PAKAIAN SUKAN PASTA 2014







4 FEBRUARI 2014 - Majlis Penyerahan Geran Tahunan dan Tajaan Pakaian Sukan PASTA 2014 telah berlangsung dengan jaya dan meriahnya di Dewan Setia Budi SMK Padang Midin. Majlis dirasmikan oleh YB HJ ROZI B. MAMAT, EXCO SUKAN NEGERI TERENGGANU. Turut memeriahkan majlis ialah EN. JEFFRI NGADIRIN, KETUA CAW. PELAPIS MSN dan wakil-wakil penaja.