Sunday 22 September 2013

PENGURUSAN JENAZAH

14 September - Pihak SMK Padang Midin telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah kepada para guru dan kakitangan sokongan sekolah. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua peserta tentang kafiat pengurusan jenazah yang merupakan tuntutan fardhu kifayah terhadap setiap orang Islam ke atas orang Islam yang lain. Memahami konsep dan amali dalam pengurusan jenazah memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu. Oleh itu program ini diharap dapat memberi panduan kepada semua peserta kursus agar dapat mempraktikkan dalam medan masyarakat terutamanya ahli keluarga terdekat. 

Wednesday 18 September 2013

Majlis Temu Mesra Pasukan Hoki SMKPM bersama Y.Bhg Tuan Hj Roshali Taha

11 September 2013- Satu majlis temu mesra antara pasukan hoki dan penjaga masing-masing serta warga SMKPM bersama dengan Tn. Hj. Roshali bin Taha, Pengarah APMT merangkap Timbalan presiden Persatuan Hoki Terengganu telah diadakan. Majlis bertujuan untuk mendampingi pelajar-pelajar dari pasukan hoki dengan lebih dekat sekaligus untuk menyuntik semangat mereka agar lebih komited dengan sukan yang diceburi. Majlis juga diserikan dengan kahadiran Mohamed Shahrun Nabil Abdullah selaku kapten pasukan Hoki kebangsaan yang juga merupakan bekas pelajar SMK Padang Midin.





Gambar seterusnya di sini.

Monday 9 September 2013

PROGRAM KESEJAHTERAAN DIRI

5-6 September- Badan Surau Dan Dakwah, Biro Ehwal Puteri dan Taqwa serta  Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Padang Midin telah mengadakan PROGRAM KESEJAHTERAAN DIRI untuk pelajar-pelajar perempuan yang terpilih dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4.  Program ini adalah untuk membimbing mereka agar menjalani hidup sebagai hamba Allah yang menjaga maruah agama dan masa depan mereka dan menjadi insan yang solehah di hari mendatang. Semoga usaha pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat mendapat redha dan barakah-Nya. InsyaaAllah.




Gambar seterusnya di sini.

Saturday 7 September 2013

PAMERAN SEM 2013

6-8 September 2013 - Telah berlangsung pameran SEM di Stadium negeri. Tahniah diucapkan kepada Pasukan SEM SMK Padang Midin kerana telah berjaya mendapat tempat ke-2 bagi kategori "Booth Terbaik". Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar atas kerja buat anda yang cemerlang. TAHNIAH....





Gambar seterusnya di sini.

Friday 6 September 2013

SMKPM NAIB JUARA PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN

31 Ogos - SMK Padang Midin telah berjaya menjadi naib juara pertandingan perbarisan Hari Kebangsaan bagi kategori sekolah dan mendapat tempat ketiga bagi kategori badan beruniform (Pengakap). SMK Padang Midin membawa pulang RM5000.00, (RM3000.00, kategori sekolah dan RM2000.00, kategori badan beruniform). Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat sepanjang latihan dan pertandingan.


JOHAN PERTANDINGAN KULINARI

Julai 2013- SMK Padang Midin telah muncul sebagai Johan Pertandingan Showme Skills Malaysia bagi kategori Seni Kulinari. Johan membawa pulang trofi dan wang tunai RM4000.00. Tahniah kepada adik Fatimah Az-Zahra dan Siti Nor Nabilla kerana telah berjaya mengharumkan nama SMK Padang Midin.