Tuesday 27 January 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA


22 JANUARI 2015 - Telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa peringkat SMK Padang Midin. 6 pasukan (Bendahara, Indera, Hulubalang, Mahkota, Laksamana dan Temenggung) berentap dalam 4 kategori iaitu L18, P18, L15 dan P15. Tahniah kepada pasukan Temenggung kerana berjaya menjuarai kejohanan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar atas kerjasama yang sangat baik. 












Monday 26 January 2015

PERSARAAN TN. HJ. RAMLI BIN ABDULLAH

12 JANUARI 2015 - Semua warga SMK Padang Midin telah meraikan Majlis Persaraan Tn. Hj. Ramli bin Abdullah. Kini sempurnalah sudah tugasan beliau di sekolah. Semoga beliau di berikan kesihatan yang baik untuk terus berbakti demi agama, bangsa dan negara.


















Sunday 25 January 2015

KARNIVAL ICT NEGERI TERENGGANU

Suka cita dimaklumkan bahawa Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dengan kerjasama Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu (UPMN) akan menganjurkan Karnival ICT Peringkat Negeri Terengganu. Karnival tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: 29 Januari - 1 Februari 2015
Masa: 9.00 pagi - 10.00 malam
Tempat: Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu

Bersempena karnival ini, pihak penganjur akan mengadakan Pertandingan mewarna seperti ketetapan di bawah:

KATEGORI 1
Pra Sekolah (5 - 6 tahun)
Tarikh/ Hari: 29 Januari 2015 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat: Ruang Interactive Zone, Dewan Arena Stadium Tertutup Gong Badak.

KATEGORI 2
Sekolah Rendah, Tahap 1 (7 - 9 Tahun)
Tarikh/ Hari: 29 Januari 2015 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat: Ruang Interactive Zone, Dewan Arena Stadium Tertutup Gong Badak

KATEGORI 3
Sekolah Menengah, Tingkatan 4 & 5
Tarikh/ Hari: 1 Februari 2015 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: Ruang Interactive Zone, Dewan Arena Stadium Tertutup Gong Badak

Sunday 18 January 2015

NAIB JOHAN PERTANDINGAN TANDAS BERSIH 1 MALAYSIA

Smk Padang Midin telah dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Tandas Bersih 1Malaysia peringkat kebangsaan bagi kategori Sekolah Menengah. Puan pengetua, sebilangan guru, pekerja dan pelajar telah mewakili sekolah untuk menerima anugerah tersebut di Port Dickson bersempena Sambutan Hari Tandas Sedunia peringkat kebangsaan. Jutaan tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah yang telah bertungkus lumus untuk pertandingan ini.