Tuesday 18 November 2014

PENGAMBILAN SLIP PENTAKSIRAN SEKOLAH

PERHATIAN DAN HEBAHAN

Kepada semua pelajar tingkatan 3, anda dikehendaki hadir ke sekolah pada 20 November 2014 (Khamis) untuk mengambil SLIP PENTAKSIRAN SEKOLAH, PSIKOMETRIK DAN PAJSK.


Kehadiran adalah diwajibkan.

Tuesday 4 November 2014

PENGAMBILAN KAD ATM BSN BAGI PEMEGANG BIASISWA BKP2 2014

PERHATIAN DAN HEBAHAN

Kepada pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 yang mendapat biasiswa BKP2 tahun 2014, sila hadir ke sekolah pada hari Ahad (9 November 2014) untuk  mengambil kad ATM Bank Simpanan Nasional (BSN). Sila bawa bersama kad pengenalan dan buku akaun BSN...

Monday 29 September 2014

PENGHAKIMAN AKHIR PERTANDINGAN TANDAS BERSIH 1MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN

29 September 2014 - Penghakiman akhir Pertandingan Tandas Bersih 1Malaysia peringkat kebangsaan. Semoga kerja buat semua pihak membuahkan hasil yang diinginkan.















Sunday 28 September 2014

MAJLIS MAKAN MALAM ALUMNI SMKPM SEMPENA JUBLI EMAS

27 September 2014 - Satu Majlis Makan Malam Alumni SMK Padang Midin bersempena Jubli Emas telah diadakan di Ri Yaz Heritage Marina Resort & Spa Kuala Terengganu. Ucap utama majlis disampaikan oleh Datuk Mohd Jidin Shafee, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)Permaisuri.










~ Belajar dan Berbakti ~

Klik di sini untuk gambar seterusnya

Saturday 27 September 2014

GEMA MALAM CINTA RASUL

18 September 2014 - SMK Padang Midin telah menganjurkan Majlis Gema Malam Cinta Rasul dan Solat Hajat Perdana buat anak-anak didik yang bakal menduduki peperiksaan PT3, SPM dan STPM serta sempena sambutan jubli emas SMK Padang Midin, Malam diserikan dengan alunan qasidah puji-pujian buat Junjungan Besar Rasulullah SAW dan juga kuliyyah Mahgrib yang disampaikan oleh Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin.















~Belajar dan Berbakti~

Saturday 6 September 2014

PERTANDINGAN TANDAS BERSIH 1MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN

Tahniah diucapkan kepada SMK Padang Midin kerana berjaya ke peringkat akhir Pertandingan Bersih 1Malaysia di peringkat kebangsaan. SMK Padang Midin adalah 5 buah sekolah terbaik dari seluruh Malaysia yang telah layak dalam pertandingan ini. Semoga SMK Padang Midin berjaya dan kerja buat semua pihak mendapat hasil yang cemerlang. Perhakiman akan dilaksanakan pada minggu ini juga.








Tuesday 26 August 2014

IFTAR JAMAIE DAN QIAMULLAIL PERMATA HATI

17 Julai 2014 - SMK Padang Midin telah menganjurkan Program Iftar Jamaie dan Qiamullail Permata Hati untuk meraikan pelajar-pelajar terpilih sekaligus mendedahkan mereka dengan ibadah qiamullail.