Saturday 25 January 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2014


23 JANUARI 2014 - Telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa peringkat SMK Padang Midin. 6 pasukan (Bendahara, Indera, Hulubalang, Mahkota, Laksamana dan Temenggung) berentap dalam 4 kategori iaitu L18, P18, L15 dan P15. Tahniah kepada pasukan Bendahara kerana berjaya menjuarai kejohanan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar atas kerjasama yang sangat baik. 






Gambar seterusnya di sini.

~ Belajar dan Berbakti ~

FORUM MAULIDUR RASUL

26 JANUARI 2014 - Badan Dakwah dan Surau SMK Padang Midin telah menganjurkan forum bersempena Maulidur Rasul. Forum berlangsung di dewan dan surau. Ahli panel terdiri daripada Tn. Hj Ramli, Tn Hj Wan Mokhtar, Ustaz Zaid, Ustaz Zaki, Ustazah Nur Anisahdan Ustazah Fatimah bt Hassan.





Gambar seterusnya di sini.

~ Belajar dan Berbakti ~


Saturday 18 January 2014

PERARAKAN MAULIDUR RASUL


14 Jan 2014 -Seramai 40 orang pelajar SMK Padang Midin telah menyertai pertandingan perarakan sempena Maulidur Rasul. Perarakan bermula dari Dataran Shahbandar dan berakhir di Stadium Negeri. Tahniah dan terima kasih kepada semua pelajar dan guru di atas kerja buat dan usaha yang sangat baik. 



Gambar seterusnya di sini.

~ Belajar dan Berbakti ~


Tuesday 7 January 2014

PEMBELIAN NO UNIK ID APLIKASI ATAS TALIAN BAGI PERMOHOHAN MASUK KE IPTA


PROSEDUR PEMBELIAN NOMBOR UNIK ID APLIKASI DALAM TALIAN BAGI PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN STPM/ SETARAF DAN SPM/ SETARAF SESI AKADEMIK 2014-2015

Semua murid yang menduduki peperiksaan STPM/ setaraf dan SPM/ setaraf serta STAM 2013, mengenai prosedur di atas, tiada lagi pembelian pukal nombor unik ID untuk sesi akademik 2014/2015. Semua murid yang ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA. Politeknik Konvensional? METrO dan ILKA bagi sesi 2014/2015 diminta berurusan terus dengan kaunter BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) terdekat bagi mendapatkan no unik ID mulai 20 JANUARI 2014.

Sunday 5 January 2014

PENDAFTARAN TINGKATAN 1













29 Disember 2013 - Pendaftaran pelajar tingkatan 1 sesi 2014 telah berlangsung dengan jayanya. Selamat datang dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua pelajar yang berdaftar. Terima kasih kepasa semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program. 

~Belajar dan Berbakti~