Saturday 30 January 2016

GOTONG ROYONG MEMBASMI AEDES

SMK Padang Midin telah mengada Gotong Royong untuk membasmi aedes selama 3 hari. Program ini dijalankan pada Rabu, Khamis dan Sabtu baru-baru ini. Program ini juga melibatkan komuniti setempat sebagai tanda menyahut seruan Menteri Besar Terengganu.







































Wednesday 27 January 2016

SMKPM JOHAN KESELURUHAN MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH

21 Januari 2016 - TAHNIAH diucapkan kepada pasukan merentas desa SMK Padang Midin kerana telah menjadi johan keseluruhan Kejohanan Merentas Desa peringkat daerah. SMK Padang Midin telah menjadi johan kesaeluruhan untuk kejohanan ini sebanyak dua kali berturut-turut. Tahniah sekali lagi untuk anak-anak pelajar yang mewakili sekolah dan guru-guru yang terlibat.








Tuesday 26 January 2016

PROGRAM HAYYA BI QIRA'ATIL QURAN

Unit Dakwah dan Surau SMK Padang Midin telah mengambil inisiatif melaksanakan Program Hayya Bi Qira'atil Quran untuk semua pelajar Asrama SMK Padang Midin sebagai langkah untuk memperkasakan lagi kemahiran membaca Al-Quran dalam kalangan anak-anak pelajar asrama. Program ini akan berlangsung setiap malam Sabtu. Puan pengetua, guru-guru agama dan beberapa guru yang mahir Al-Quran telah dipertanggugjawabkan untuk mendidik anak-anak ini dalam mendalami ilmu al-Quran terutama dari segi bacaan.