24 Julai 2014 - Majlis Perutusan dan sumbangan Aidilfitri telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Setia Budi. Mjalis dirasmikan oleh To' Puan Hjh. Narih binti Muhamad, Pengarah Urusan Serada reality Sdn. Bhd. Seramai lebih kurang 240 orang pelajar menerima sumbangan Aidilfitri berbentuk wang tunai dan pakaian raya.
Saturday, 2 August 2014
Sunday, 6 July 2014
IHYA' RAMADHAN
Satu majlis Solat sunat Dhuha telah dilakukan di padang hoki SMK Padang Midin sempena Ihya' Ramadhan. Turut serta ialah YDP PIBG, En. Jusoh bin Ismail sekaligus merasmikan Bulan Ihya' Ramadhan. Pelbagai program telah di rancang dan akan dilaksanakan sepanjang bulan ini seperti Tadarus Al-Quran, Solat Sunat Dhuha, Iftar Jamaie, Remaja Rai Ramadhan dan sebagainya. Semoga usaha yang akan dilaksanakan ini mendapat rahmat dari-Nya. Insyaa Allah.
TEMU MURNI DAN DIALOG PRESTASI
3 JULAI 2014 - SMK Padang Midin telah mengadakan satu Majlis Temu Murni dan Dialog Prestasi antara Ibu bapa/penjaga bersama guru kelas. Tujuan utamanya ialah untuk membentangkan prestasi semasa murid dan menyeru ibu bapa untuk bersama-sama memastikan pembelajaran berterusan hingga ke rumah.
Monday, 30 June 2014
26 JUN 2014 - Telah berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-32 peringkat SMK Padang Midin. 6 pasukan (Bendahara, Indera, Hulubalang, Mahkota, Laksamana dan Temenggung) berentap dalamsetiap acara yang dipertandingkan. Tahniah kepada pasukan Temenggung kerana berjaya menjuarai kejohanan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar atas kerjasama yang sangat baik.
Sunday, 18 May 2014
HARI GURU 2014
18 Mei 2014 ~ Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan dengan meriahnya. Selain sambutan peringkat sekolah, pihak sekolah juga telah mengambil peluang sempena Hari Guru dengan mengunjungi mantan-mantan pengurusan SMK. Padang Midin sebagai tanda ingatan dari semua warganya.
Gambar seterusnya di sini
Subscribe to:
Posts (Atom)



-1.jpg)




























