Wednesday, 13 August 2014

SAMBUTAN AIDILFITRI

7 OGOS 2014 - Sambutan Aidilfitri telah berlangsung dengan suasana yang sangat meriah. Guru-guru dan para pelajar anggun dan segak dengan berbaju raya.















Saturday, 2 August 2014

24 Julai 2014 - Majlis Perutusan dan sumbangan Aidilfitri telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Setia Budi. Mjalis dirasmikan oleh To' Puan Hjh. Narih binti Muhamad, Pengarah Urusan Serada reality Sdn. Bhd. Seramai lebih kurang 240 orang pelajar menerima sumbangan Aidilfitri berbentuk wang tunai dan pakaian raya. 





Sunday, 6 July 2014

IHYA' RAMADHAN

Satu majlis Solat sunat Dhuha telah dilakukan di padang hoki SMK Padang Midin sempena Ihya' Ramadhan. Turut serta ialah YDP PIBG, En. Jusoh bin Ismail sekaligus merasmikan Bulan Ihya' Ramadhan. Pelbagai program telah di rancang dan akan dilaksanakan sepanjang bulan ini seperti Tadarus Al-Quran, Solat Sunat Dhuha, Iftar Jamaie, Remaja Rai Ramadhan dan sebagainya. Semoga usaha yang akan dilaksanakan ini mendapat rahmat dari-Nya. Insyaa Allah.


















TEMU MURNI DAN DIALOG PRESTASI

3 JULAI 2014 - SMK Padang Midin telah mengadakan satu Majlis Temu Murni dan Dialog Prestasi antara Ibu bapa/penjaga bersama guru kelas. Tujuan utamanya ialah untuk membentangkan prestasi semasa murid dan menyeru ibu bapa untuk bersama-sama memastikan pembelajaran berterusan hingga ke rumah.















Monday, 30 June 2014



26 JUN 2014 - Telah berlangsung Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-32 peringkat SMK Padang Midin. 6 pasukan (Bendahara, Indera, Hulubalang, Mahkota, Laksamana dan Temenggung) berentap dalamsetiap acara yang dipertandingkan. Tahniah kepada pasukan Temenggung kerana berjaya menjuarai kejohanan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar atas kerjasama yang sangat baik.