Saturday, 7 February 2015

MAJLIS PERPISAHAN EN. MOHD ZAKI, EN. KOO BON CHIN DAN TN. HJ. WAN MOHD ROSDI

1 FEBRUARI 2015 - Majlis perpisahan sempena perpindahan En. Mohd Zaki bin Mohd Salleh sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Panji Alam, perpindahan En. Koo Bon Chin sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Padang Negara dan perpindahan Tn. Hj. Wan Mohd Rosdi ke SMK Ibrahim Fikri telah diadakan. Puan pengetua juga diraikan sempena ulangtahun kelahiran beliau pada hari berkenaan.















Tuesday, 27 January 2015

KEJOHANAN MERENTAS DESA


22 JANUARI 2015 - Telah berlangsung Kejohanan Merentas Desa peringkat SMK Padang Midin. 6 pasukan (Bendahara, Indera, Hulubalang, Mahkota, Laksamana dan Temenggung) berentap dalam 4 kategori iaitu L18, P18, L15 dan P15. Tahniah kepada pasukan Temenggung kerana berjaya menjuarai kejohanan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar atas kerjasama yang sangat baik. 












Monday, 26 January 2015

PERSARAAN TN. HJ. RAMLI BIN ABDULLAH

12 JANUARI 2015 - Semua warga SMK Padang Midin telah meraikan Majlis Persaraan Tn. Hj. Ramli bin Abdullah. Kini sempurnalah sudah tugasan beliau di sekolah. Semoga beliau di berikan kesihatan yang baik untuk terus berbakti demi agama, bangsa dan negara.


















Sunday, 25 January 2015

KARNIVAL ICT NEGERI TERENGGANU

Suka cita dimaklumkan bahawa Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dengan kerjasama Unit Pengurusan Maklumat Negeri Terengganu (UPMN) akan menganjurkan Karnival ICT Peringkat Negeri Terengganu. Karnival tersebut akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh: 29 Januari - 1 Februari 2015
Masa: 9.00 pagi - 10.00 malam
Tempat: Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu

Bersempena karnival ini, pihak penganjur akan mengadakan Pertandingan mewarna seperti ketetapan di bawah:

KATEGORI 1
Pra Sekolah (5 - 6 tahun)
Tarikh/ Hari: 29 Januari 2015 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat: Ruang Interactive Zone, Dewan Arena Stadium Tertutup Gong Badak.

KATEGORI 2
Sekolah Rendah, Tahap 1 (7 - 9 Tahun)
Tarikh/ Hari: 29 Januari 2015 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi - 10.00 pagi
Tempat: Ruang Interactive Zone, Dewan Arena Stadium Tertutup Gong Badak

KATEGORI 3
Sekolah Menengah, Tingkatan 4 & 5
Tarikh/ Hari: 1 Februari 2015 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 11.00 pagi
Tempat: Ruang Interactive Zone, Dewan Arena Stadium Tertutup Gong Badak

Sunday, 18 January 2015

NAIB JOHAN PERTANDINGAN TANDAS BERSIH 1 MALAYSIA

Smk Padang Midin telah dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Tandas Bersih 1Malaysia peringkat kebangsaan bagi kategori Sekolah Menengah. Puan pengetua, sebilangan guru, pekerja dan pelajar telah mewakili sekolah untuk menerima anugerah tersebut di Port Dickson bersempena Sambutan Hari Tandas Sedunia peringkat kebangsaan. Jutaan tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah yang telah bertungkus lumus untuk pertandingan ini.










Tuesday, 18 November 2014

PENGAMBILAN SLIP PENTAKSIRAN SEKOLAH

PERHATIAN DAN HEBAHAN

Kepada semua pelajar tingkatan 3, anda dikehendaki hadir ke sekolah pada 20 November 2014 (Khamis) untuk mengambil SLIP PENTAKSIRAN SEKOLAH, PSIKOMETRIK DAN PAJSK.


Kehadiran adalah diwajibkan.

Tuesday, 4 November 2014

PENGAMBILAN KAD ATM BSN BAGI PEMEGANG BIASISWA BKP2 2014

PERHATIAN DAN HEBAHAN

Kepada pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 yang mendapat biasiswa BKP2 tahun 2014, sila hadir ke sekolah pada hari Ahad (9 November 2014) untuk  mengambil kad ATM Bank Simpanan Nasional (BSN). Sila bawa bersama kad pengenalan dan buku akaun BSN...